Selamat Datang Ke Laman Web

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Landskap dan Nurseri, SMK Selandar, Melaka



Pengenalan

Landskap dan Nurseri adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang landskapdan nurseri. Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiw an, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman,dan perkhidmatan penjagaan. Dalam kurikulum Landskap dan Nurseri tumpuan diberi kepada kemahiran asas dan kreativiti dalam merancang, menghasil, membina dan menyenggara projek landskap dan nurseri. Kemahiran ini membolehkan murid meneruskan kehidupan sebagai pengusaha industri landskap secara produktif, yakin diri serta berdikari. Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

pelajarLANDSKAP.JPG