Modul Pembelajaran: Pembinaan Simenfero
Landskap & Nurseri Tingkatan Lima


Simen ferro merupakan sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. Simen ferro bermaksud kombinasi bahan ferus (beri) dan simen. Simen ferro telah dipelopori oleh Joseph Louis Lombot pada tahun 1848. Di Malaysia ianya diperkenalkan pada tahun 1979 oleh Universiti Pertanian Malaysia (Universiti Putra Malaysia).

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning/ PBL)

  • Metodologi atau kaedah pendidikan yang bertujuan mengembangkan potensi pelajar

Konsep PBL

  • Berpusatkan pelajar
  • Guru sebagai fasilitator/ pemudahcara
  • Aktiviti pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan sebenar
  • Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Melalui PBL

  • Pelajar boleh berfikir "Outside the Box"
  • Berkolaborasi dalam kumpulan
  • Memperolehi kemahiran pengurusan kendiri
  • Memjadikan suasana pembelajaran yang menyeronokan

Panduan pembelajaran:
Setiap pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan akan menerima satu projek untuk dilaksanakan. Berikut adalah projek yang harus dibuat oleh pelajar:
  • Kumpulan 1: Projek 1 (Membina Air Terjun Simenferro)
  • Kumpulan 2: Projek 2 (Membina Bekas Tanaman Simenferro)
  • Kumpulan 3: Projek 3 (Membina Kerusi Taman Simenferro)

Hasil pembelajaran :
1. Pelajar dapat menghasilkan satu projek simenfero yang menepati kriteria yang telah ditetapkan.
2. Menyatakan kelebihan menggunakan produk simenfero.
3. Menyatakan kegunaan produk simenfero dalam bidang pelandskapan.

Sila perhatikan slaid di bawah dengan teliti.


external image clip_image001.gif



Kelebihan simenfero
  1. .........................................................................................................................................................
  2. .........................................................................................................................................................
  3. .........................................................................................................................................................
  4. .........................................................................................................................................................

Kegunaan simenfero
  1. .........................................................................................................................................................
  2. .........................................................................................................................................................
  3. .........................................................................................................................................................
  4. .........................................................................................................................................................



Modul Pembelajaran: Landskap & Nurseri Tingkatan Empat

Aktiviti A: Tumbuhan Landskap
Panduan pembelajaran :
Pelajar-pelajar akan dibahagi kepada empat orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti jenis tumbuhan dalam landskap seperti pokok naungan, pokok renek, pokok palma, tanaman penutup bumi/ rumput turf, tanaman hiasan dalaman, pokok semusim, tumbuhan memanjat dan menjalar. Setiap kumpulan perlu mengambil gambar menggunakan kamera digital sekurang-kurangnya tiga keping bagi setiap jenis tumbuhan landskap. Gambar tumbuhan yang telah diambil perlu diserta nama saintifik, nama tempatan, cara pembiakan dan memahami cirri serta fungsi setiap jenis tumbuhan. Kemudian didokumantasikan ke dalam buku skrap.

Hasil pembelajaran :
1. Pelajar dapat menyenaraikan beberapa contoh tumbuhan landskap mengikut jenisnya.
2. Menyatakan ciri-ciri dan fungsi tumbuhan landskap.
3. Menyatakan nama saintifik dan nama tumbuhan yang telah dipilih.




Modul Pembelajaran: Landskap & Nurseri Tingkatan Empat

Aktiviti B: Pembiakan Tumbuhan Hiasan Secara Keratan Batang
Panduan pembelajaran :
Setiap pelajar dikehendaki memilih pokok hiasan dan dahan yang sesuai dibiakkan secara keratan batang. Pelajar perlu mengambil gambar langkah kerja / prosedur mengetut tumbuhan yang dilakukan dengan betul. Setiap gambar yang diambil akan disimpan dalam bentuk folio sebagai eviden proses pelajar telah melakukan amali pembiakan tumbuhan secara keratan batang. Rekodkan perkara berikut setelah keratan batang dilakukan:
  • Tarikh membuat keratan batang ·
  • Tarikh keratan batang mengeluarkan akar
  • ·Peratus kejayaan keratan batang

Hasil pembelajaran :
1. Pelajar dapat melakukan pembiakan secara keratan batang mengikut teknik yang betul.
2. Memilih dahan dan pokok yang sesuai dibuat keratan batang.




Modul Pembelajaran: Landskap & Nurseri Tingkatan Lima

Aktiviti C: Inventori dan Analisis Tapak
Panduan pembelajaran :
Setiap pelajar dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti dan menyenaraikan ciri-ciri fizikal tapak serta infrastruktur yang sedia ada di tapak berkenaan. Pelajar dikehendaki mengambil gambar dengan jelas setiap kawasan tapak sebagai bukti lawatan tapak telah dibuat bagi tujuan perlandskapan. Antara cirri-ciri yang perlu dikaji ialah:

  • Kedudukan tapak, saiz dan sempadannya
  • Topografi dan keadaan muka bumi
  • Jenis tumbuhan sedia ada di tapak
  • Bangunan dan struktur binaan seperti wakaf, kerusi taman dan lain-lain
  • Kawasan sekitar tapak dan aktivitinya
  • System lalulintas seperti jalan masuk dan keluar

Hasil pembelajaran :
Pelajar dapat mengenalpasti masalah dan potensi yang sedia ada di tapak sebelum melakukan proses reka bentuk landskap. Sebagai contoh potensi tapak dari segi lokasi, kemudahan sedia ada, pemandangan menarik dan sebagainya.




Modul Pembelajaran: Landskap & Nurseri Tingkatan Lima

Aktiviti D: Landskap Lembut dan Landskap Kejur
Panduan pembelajaran :
Setiap pelajar dibahagikan kepada empat orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti elemen-elemen landskap lembut dan landskap kejur yang ada di sekitar kawasan sekolah. Setiap elemen-elemen landskap yang telah dikenalpasti perlu di ambil gambar dan direkodkan dalam folio secara individu.

Hasil pembelajaran :
Pelajar dapat mengenalpasti dan membandingbeza di antara landskap lembut dan landskap kejur yang terdapat di dalam kehidupan seharian mereka.